Mengenai Kami



D’Sakinah merupakan gabungan Pusat Rawatan Naturopati Komplementari Holistik dan SPA yang telah ditubuhkan pada Dis 2013 untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan. Pengasas kepada penubuhan D’Sakinah ini ialah Dr. Mohd Rosni Sulaiman, En. Mohd Farish Hussin dan Ustazah Ainah Ramlan@Angusa. En. Mohd Farish Hussin dan Ustazah Ainah Ramlan sudah tidak bersama D’Sakinah lagi dan membawa haluan masing-masing. Kini 100% D’Sakinah HTC Alamesra adalah diuruskan dan dimiliki penuh oleh Dr. Mohd Rosni Sulaiman yang juga merupakan seorang CEO.

Di samping sebagai seorang CEO, Dr. Mohd Rosni Sulaiman juga adalah seorang Perunding Utama Perubatan Naturopati di D’Sakinah HTC. Beliau berpengalaman sekitar 20 tahun dalam dunia perubatan tradisional dan komplementari (TCM) dan kini mengkhusus dalam perubatan Naturopati.

 

dr.rosni

DR. MOHD ROSNI SULAIMAN
Cert.(Yumeiho), Cert. (Accupunture), Cert & Pre. Dip. (Homeopathic Med. Sci.) (AIHNIM IBAM), Exec. Dip (Naturopathic Med. USM), BSc Food Sci Nutr (UKM), MSc Food Tech. (UMS), PhD Biochem. (UPM)

Kami di D’Sakinah Holistic Therapy Centre beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan dalam membantu pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, gout, kencing manis, buah pinggang, kanser dan masalah-masalah kesihatan serta kecederaan lain seperti lemah tenaga batin, sukar mendapat zuriat, terseliuh, kesakitan akibat masalah tulang belakang dan sebagainya.

Kami mengambil cabaran untuk menawarkan rawatan-rawatan tersebut adalah berdasarkan 5 asas utama:

1) Pertama, dengan keyakinan bahawa kesemua penyakit boleh dibantu diberikan penawarnya dengan izin-Nya kecuali mati dan tua.

2) Kedua, rawatan naturopati komplementari holistik yang merupakan gabungan pelbagai kaedah rawatan komplementari terbaik seperti Bekam, Homeopati, Urutan, Suluhan BioDisc, Herba dan Pemakanan, apabila digabungkan serta dijalani secara konsisten oleh pesakit, insyaAllah akan dapat membantu kondisi sesuatu penyakit yang dideritainya ke tahap yang minimum sehinggakan pesakit tidak perlu bergantung lagi kepada pelbagai suplemen dan ubat-ubatan lain.

3) Ketiga, rawatan naturopati komplementari holistik yang kami tawarkan tidak pernah menidakkan kebaikan serta kelebihan perubatan alopati (moden) tetapi ianya sentiasa saling melengkapi (complement).

4) Keempat, perawat-perawat kami mempunyai kelayakan, kemahiran serta pengalaman dalam melakukan rawatan naturopati komplementari holistik ini.

5) Kelima, perawat-perawat kami yang sebelum ini melakukan rawatan di rumah, dari rumah ke rumah, dari pejabat ke pejabat, sudah mempunyai pelbagai testimoni kejayaan dalam membantu pelbagai jenis penyakit sebelum D’Sakinah ini diwujudkan lagi.

Chinese (Simplified)EnglishJapaneseKoreanMalay