SARANAN /CADANGAN UNTUK MENGHADAPI PENULARAN ZIKA

———————————————————————————————

Seperti kita semua sedia maklum, virus zika sudah meragut mangsa pertama dari Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

kenyataanakhbarkkmzikapertama2016artikelkematianakibatzikalikassabah2016

Oleh itu SEWAJIBNYA lah kita semua berjaga-jaga sebelum kita atau keluarga kita terkena musibah ini. Sebagai Pengamal dan Perunding Perubatan Naturopati TCM (Traditional and Complementary Medicine) saya akan membuat saranan-saranan yang bersifat PENCEGAHAN dengan cara memperkuatkan daya tahan atau imuniti tubuh badan dalam melawan jangkitan virus zika ini jika terkena atau berlaku pada diri kita dan keluarga.

 

Antara saranan-saranan saya ialah:

1) Sentiasa mengambil makanan dan pemakanan yang seimbang dan sihat.

2) Mengamalkan pengambilan MADU ASLI + HABBATUSSAUDA’…kerana dua jenis penawar ini telah dijamin oleh Allah SWT di dalam Al Quran dan juga di dalam Al Hadith baginda Nabi Muhammad SAW…dan ternyata ratusan malah ribuan kajian terkini membuktikan madu dan sauda’ memang membantu memperkuatkan imuniti badan

3) Mengamalkan pengambilan teh daun rerama asli kerana dipercayai boleh membantu memperkuatkan antibodi badan

4) Mengamalkan pengambilan ALOE VERA kerana di dalamnya terdapat banyak unsur dan zat yang menyumbang kepada kesihatan tubuh badan untuk melawan pelbagai penyakit

5)  Amalkan BERBEKAM DARAH setiap 2 atau 3 bulan sekali…kerana AMALAN ini menurut pelbagai kajian juga mampu membuang segala toksin dalam badan yang dalam masa sama akan meningkatkan imuniti badan melawan penyakit

6) Mengambil ubatan homeopati dalam dos tertentu yang biasa digunakan dalam mencegah atau merawat pelbagai jangkitan kuman (bakteria, virus, fungus etc)..seperti NUX VOMICA, SULPHUR, RHUS TOX dan PYROGENUM…..berjumpalah segera pengamal homeopati yang berpengalaman untuk minta nasihat dan ubatan sesuai.

7) Amalkan gaya hidup sihat seperti bersukan dan lain-lain aktiviti mengeluarkan peluh.

8) Perbanyakkan amalan kerohanian seperti zikir, tahajud, baca Al Quran dan doa-doa syifa’ untuk keselamatan serta kesejahteraan kita semua dunia dan akhirat.

 

Oleh:

Prof Madya Dr. Mohd Rosni Sulaiman

Pensyarah di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS

Merangkap

Perunding Perubatan Naturopati di D’Sakinah Holistic Therapy Center, Alamesra Kota Kinabalu Sabah

www.dsakinah.com

Hp: 0198620380

 

#silakansharesebanyakbanyaknyauntukmanfaatsemuamanusia

staysafezika

(Kesemua sumber gambar dan rajah: dari media atas talian. Bukan hak penulis)