13962661_1263201430365116_3489945288702247095_n

》》 AMARAN!!! JANGAN MEMBACA SEHINGGA HABIS ARTIKEL INI JIKA ANDA DAN KELUARGA TIDAK AKAN SEKALI –KALI TERDEDAH KEPADA ANCAMAN STROK….
—————————————————————————————————————————————–

Strok adalah salah satu ancaman terbesar masa kini bilamana amalan makanan dan pemakanan serta gaya hidup kita semua TIDAK SIHAT. Sesiapa saja terutamanya yang berusia 35 tahun ke atas adalah terdedah kepada risiko untuk terkena strok. Sepertimana yang diketahui umum, strok boleh menyebabkan kelumpuhan dan juga kematian. Sekiranya lumpuh sebelah badan atau kematian, punca pendapatan keluarga boleh hilang jika berlaku kepada seseorang lelaki yang bernama bapa atau ketua kepada sesebuah keluarga. Kos rawatan perubatan juga tinggi untuk memulihkan pasien strok. Kos-kos lain (masa berharga, emosi, kebahagiaan rumahtangga dll) juga akan turut meningkat dalam menguruskan pasien strok yang sudah jadi seperti orang kurang upaya. Jadinya ancaman STROK ini amatlah serius dan janganlah diambil mudah.

Ada 2 jenis STROK:

1. Strok Iskemik
2. Strok Hemoragik

1. Strok Iskemik
– terjadi bila salur darah yang mula menyempit oleh timbunan lemak, kolestrol dan bendasing yang mula menempel yang akhirnya menyumbat terus laluan darah ke saluran darah yang lebih halus untuk ke bahagian tertentu otak samada kiri atau kanan
– sumbatan juga boleh berlaku akibat kehadiran darah beku di salah satu salur utama darah ke otak
– bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah (oksigen dan nutrien) akan terjejas serta rosak sel selnya
– ini akibatkan fungsi badan serta pemikiran akan pastinya juga terjejas
– jika bahagian otak kiri yang tersekat bekalan darah oleh sumbatan, bahagian kanan tubuh badan yang akan “lumpuh” atau gagal berfungsi secara normal
– sebaliknya jika bahagian otak kanan yg tidak sampai bekalan darah akibat sumbatan, bahagian kiri tubuh badan pastinya akan “lumpuh” atau tidak dapat berfungsi secara normal

2. Strok Hemoragik
– terjadi bila salur darah ke otak mula melemah, rapuh, reput atau dijangkiti oleh penyakit
– ini pada bila-bila masa boleh menyebabkan kebocoran darah ke seluruh bahagian otak terlibat
– kebocoran atau salur darah pecah ini boleh berlaku secara tiba tiba terutama dalam keadaan stress, tekanan darah yang tinggi mengejut ataupun bila penyempitan salur darah turut berlaku akibat pengumpulan lemak, kolestrol dan bendasing lainnya
– jika salur darah sebelah kanan otak bocor @ pecah, darah akan tersebar ke kawasan otak sebelah kanan, darah membeku dan akhirnya merosakkan keseluruhan sel sel otak sebelah kanan…ini akan menyebabkan fungsi badan sebelah kiri terjejas ataupun lumpuh
– jika salur darah sebelah kiri otak pecah @ bocor, keseluruhan otak kiri akan dipenuhi darah yang akhirnya membeku dan menyebabkan kerosakan sel sel otak sebelah kiri…ini pula akan menjejaskan fungsi badan sebelah kanan atau menyebabkan lumpuh.
– kalau kebocoran dan pendarahan berlaku serentak di otak kiri dan kanan atau terlalu teruk, maka keseluruhan fungsi badan akan terjejas, otak itu sendiri akan mengalami kerosakan besar dan akhirnya KEMATIAN bila keseluruhan atau sebahagian besar sel sel otak mati

Bagaimana gabungan BEKAM, ubatan HOMEOPATI dan URUTAN SARAF mencegah dan MERAWAT STROK??
—————————————————————————————————————————————–
– Bekam darah atau Bekam Sunnah atau Wet Cupping, ubatan homeopati dan urutan saraf ini telah dibuktikan secara amalan dan juga secara saintifik oleh pakar-pakar dan pengamal-pengamal dalam perubatan moden dan komplimentari dapat memberikan pelbagai MANFAAT KESIHATAN yang besar kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya (pengecualian utk kes kes tertentu yg tidak boleh berbekam seperti pesakit hemofilia, tidak boleh diurut seperti kanser dan tidak boleh mengambil ubatan homeopati tertentu utk yang mengandung)
– antara manfaat kesihatan yang diketahui ialah berbekam boleh membantu tubuh badan menyingkirkan sebahagian besar sel sel darah mati, bahan bahan xenobiotik (toksin dan pelbagai kimia pencemar yang lain), kolestrol, lemak dan garam berlebihan…ada juga pendapat yang mengesahkan bekam boleh turut menyingkirkan unsur unsur metafizik (jin, saka, sihir) termasuklah dan bahan-bahan yang memasuki darah secara metafizik (serbuk kaca, miang buluh dll melalui santau)…perkara perkara metafizik ini sukar dibuktikan secara saintifik dan perakuan dan pandangan pakar dalam bidang ini diambilkira
– jadinya berbalik kepada STROK, melalui amalan berbekam akan dapat mencegah timbunan bahan-bahan lemak kolestrol dan bendasing pada salur darah termasuklah ke otak…maka ini boleh elakkan atau CEGAH strok jenis iskemik
– melalui bekam juga, darah kotor seringkali dibersihkan keluar daripada salur darah..mengikut kajian, salah satu punca kerapuhan salur darah ialah daripada unsur-unsur garam yang berlebihan dalam badan berpunca daripada makanan dan pemakanan yang tinggi garam…kehadiran bahan-bahan toksik yang pelbagai dalam darah juga mengganggu proses penggantian sel sel dinding salur darah secara normal..ini akan juga mengakibatkan kerapuhan dinding salur darah yg akan memudahkan ianya bocor atau pecah…dalam kes ini bekam yg turut singkirkan toksin dan garam berlebihan boleh mencegah strok jenis hemoragik (pendarahan otak)
– ubatan homeopati seperti DETOX + NT-STROKE1 + NT-STROKE2 formula Dr. Rosni itu berfungsi membantu merawat bahagian otak yang sudah terjejas akibat strok dan seterusnya mengembalikan fungsi normal bahagian otak tersebut dalam mengawal pelbagai fungsi badan yang lain seperti kembang kecut otot untuk pergerakan badan, keseimbangan badan, percakapan dan lain-lain.
– urutan biasa dan urutan saraf pula membantu memecahkan timbunan lemak kolestrol pada saluran darah yang makin menyempit, melancarkan kembali perjalanan darah, dan mengaktifkan kembali saraf-saraf yg terjejas atau bakal terjejas oleh strok. Urat darah dan otot yang mula mengeras atau kaku juga boleh dilembutkan semula. Rawatan urutan ini boleh mencegah strok bagi yang mengamalkannya dan juga boleh merawat strok bagi yang telah terkena.

Wallahu a’lam
** pandangan dan juga pemikiran penulis turut dimuatkan dalam artikel ini disamping fakta perubatan dan kajian saintifik
** kesilapan mungkin ada di sana sini dalam artikel ini yang terbuka kepada komen serta kritikan membina. Penulis sedia menerima dan membetulkan sebarang kesilapan demi untuk perkongsian dan pengembangan ilmu secara sihat
** demi menggalakkan lagi ramai manusia di luar sana untuk mengamalkan sunnah berbekam + perubatan homeopati dan naturopati

13938363_1263201450365114_5445274236905899018_n

Oleh:

Prof Madya Dr. Mohd Rosni Sulaiman
Pensyarah
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS
Merangkap
Perunding Perubatan Naturopati di D’Sakinah Holistic Therapy Center Alamesra Kota Kinabalu Sabah
Hp 0198620380
—————————————————————————

>>> Anda sendiri atau keluarga atau saudara-mara atau rakan-rakan mahu rawatan bagi mengelakkan STROK???

ATAU

>>> Mahukan rawatan setelah terkena STROK? Hingga sekarang masih sukar berjalan, sukar bercakap ataupun lumpuh sebelah badan?

Kami di DSakinah HTC ada jawapan dan penyelesaiannya. Sila hubungi kami melalui Whatsapp/SMS/Call ke no. berikut untuk temujanji SEGERA:

1. 0198620380 (Dr. Mohd Rosni)
2. 0105173785 (Pn Fadzilah)

#akanpulihdenganizinAllahjua
#sharesekiranyabermanfaat
#strok
#rawatanstrok
#naturopati
#bekamstrok
#urutanstrok
#homeopatistrok