Ini soalan dari pasien kepada Doktor Rosni

“Dr saya nak tanya pasal gerd. Tahun 2014 saya dah buat skop perut. Keputusannya saya tiada gastrik cuma simpton gerd. Adakah ubat yg terbaik dari Dr”

Ini jawapan daripada Doktor Rosni.

Sebelum saya cerita mengenai ubat, mohon izin dulu untuk saya terangkan apakah itu GERD supaya ramai faham dan dapat ambil manfaat, in sha Allah.

GERD atau ACID REFLUX atau HEARTBURN ialah sensasi rasa panas membakar dan tidak selesa di dada sejurus selepas mengambil makanan waktu makan tengahari misalnya, ianya juga dikenali sebagai masalah PEDIH ULU HATI atau masalah refluk kalau dalam bahasa kita.

Punca terjadinya masalah ini ialah akibat kegagalan pencerut pada injap yang menghubungkan antara esofagus dan perut. Bila setiap kali makan, asid akan dibebaskan ke dalam perut untuk pencernaan makanan kalau pada individu yang sihat, selepas makanan memasuki perut, injap esofagus itu akan tertutup rapat. Tetapi untuk pasien GERD, injap itu tidak tertutup rapat makanya asid dari perut boleh naik memasuki esofagus hingga ke tekak bila keadaan ini terjadi, ianya dikenali sebagai GERD atau refluk.

photo_2016-02-19_10-33-08

Simptom simptom GERD

  1. RASA PANAS TERBAKAR KAWASAN DADA DAN ULU HATI
  2. RASA TERAMAT MASAM DI TEKAK DAN MULUT
  3. TERASA SEPERTI HENDAK TERCEKIK ATAU MUDAH TERCEKIK BILA MENELAN
  4. LOYA LOYA
  5. KERAP SENDAWA ANGIN
  6. KEMBUNG PERUT YG KERAP

Kalau rawatan secara NATUROPATI di DSakinah Holistic Therapy Center Alamesra Kota Kinabalu ini, kita tidak merawat semua simptom di atas, kita cuba merawat terus PUNCA penyakit atau masalah GERD tersebut.

Masalah utama atau PUNCA yang perlu dirawat ialah KELEMAHAN SISTEM PENCERUT pada injap esofagus tu. Kita menggunakan ubatan seperti DETOX + NT GIT @ REFLUX CURE + SOLUT (set ubat ini akan bantu perkuatkan pencerut tu dan perbaiki masalah kerosakan lain akibat asid terutama pada esofagus)

Paling teruk bila terlampau kerap berlaku, gas makin banyak masuk ke saluran darah ke OTAK boleh jadi MENTAL sudah biasa saya dengar dan jumpa kes kes begini yang berpunca masalah gangguan perut dan usus yg akhirnya ganggu emosi dan mental. Wa nauzubillah.

Ubatan sahaja agak lambat mengambil masa 2 hingga 3 bulan utk pulih sepenuhnya, kombinasi dengan rawatan saraf yang mengawal otot perut dan esofagus melalui YUMEIHO atau ALIGNMENT itu akan mempercepatkan pemulihan hingga boleh jadi kurang dari 2 bulan in sha Allah hanya seminggu sekali rawatan YUMEIHO ini perlu dibuat.

>>> Mahu mencuba rawatan GERD di DSakinah?? Sila hubungi kami untuk temujanji SEGERA melalui whatsapp/sms/call ke:

0198620380 (Dr. Rosni)

0105173785 (Pn Fadzilah)