MASALAH DARAH TINGGI/HIPERTENSI JANGAN DIPANDANG ENTENG. DON’T TAKE FOR GRANTED.
Tekanan darah ialah suatu ukuran berapa kuat darah menekan pada dinding arteri semasa ianya bergerak dan berkitar dalam tubuh badan adalah perkara normal jika tekanan darah naik dan turun dalam satu hari itu tetapi sekiranya sentiasa pada tahap yang tinggi, kemungkinan seseorang itu telah menghidapi masalah penyakit DARAH TINGGI ataupun HIPERTENSI.
Darah tinggi juga dikenali sebagai PEMBUNUH DALAM DIAM (tidak tunjukkan sebarang simptom semasa kerosakan sedang dilakukan) kerana:
1) Perlahan lahan rosakkan arteri dan salur pembuluh darah lainnya
2) Perlahan lahan rosakkan JANTUNG
3) Perlahan lahan rosakkan BUAH PINGGANG
Kesan kerosakan dalam DIAM terhadap bahagian bahagian ataupun organ organ ini ialah akan akibatkan:
1) Strok/angin ahmar – pemecahan salur pembuluh darah di otak yang boleh akibatkan KELUMPUHAN atau KOMA atau KEMATIAN atau KESEMUANYA
2) Serangan jantung (heart attack) – kegagalan jantung secara mengejut yang boleh akibatkan KEMATIAN MENGEJUT biasanya berlaku di awal pagi sekitar jam 3 hingga 5.
3) Kerosakan / kebocoran BUAH PINGGANG akibatkan keracunan darah dan takungan air seluruh badan (oedema atau sembab) kalau lambat jalani hemodialisis (cuci darah) boleh akibatkan kematian akibat kegagalan pelbagai organ dan sistem badan lain.
TEKANAN DARAH kita diukur dalam 2 bacaan iaitu DIASTOLIK dan SISTOLIK
DIASTOLIK – berapa kuat tekanan darah di antara degupan jantung semasa jantung kembali rehat selepas mengepam darah dan kembali dipenuhi darah
SISTOLIK – ukuran berapa kuat DARAH DITOLAK keseluruh badan bilamana jantung mengepam
cth: seseorang dengan bacaan Sistolik 120 mm Hg dan Diastolik 80 mm Hg biasa ditulis sebagai 120/80…unit ukuran tekanan darah ialah milimeter merkuri (mm Hg)
Bacaan tekanan darah yang ideal atau normal ialah sekitar 120/80 mm Hg. Seseorang yang mempunyai bacaan 140/90 dan ke atas adalah dikatakan menghidapi masalah HIPERTENSI @ DARAH TINGGI. Seseorang yang mempunyai bacaan tekanan darah di antara 120/80 dan 140/90 adalah dikatakan mengalami pra-hipertensi iaitu sudah ada tanda tanda untuk ke arah menjadi penghidap masalah hipertensi…pada peringkat ini, bertukar kepada pemakanan dan gaya hidup SIHAT ialah pilihan yang ada untuk kembali NORMAL.
PUNCA PENYEBAB MASALAH DARAH TINGGI/HIPERTENSI
Dalam kebanyakan kes, doktor tidak dapat menyatakan punca sebenar masalah DARAH TINGGI yang dihidapi namun begitu berdasarkan kajian, punca punca yang telah dikenalpasti ialah seperti berikut:
1) Terlalu GEMUK/OBES/BERLEBIHAN berat badan
2) Ada sejarah keluarga atau faktor keturunan yang menghidapi DARAH TINGGI terutamanya IBU@BAPA@kedua duanya sekali
3) Terlalu banyak meminum ALKOHOL/ARAK
4) Sering mengambil makanan yang tinggi GARAM seperti ikan masin, telur asin dan sebagainya…cara atau amalan memasak dengan memasukkan garam yang pada kuantiti yang tinggi turut menyumbangkan kepada masalah darah tinggi
5) Faktor penuaan atau peningkatan USIA juga meningkatkan risiko untuk menghidap darah tinggi
6) Kurang senaman atau aktiviti yang sering mengeluarkan PELUH
SIMPTOM-SIMPTOM DARAH TINGGI
Masalah darah tinggi biasanya tidak begitu MUDAH dikesan dan tidak menunjukkan SIMPTOM SIMPTOM yang ketara biasanya darah tinggi dapat dikesan bila sudah menjadi TERUK dan MERBAHAYA yang dikenali sebagai TEKANAN DARAH TINGGI MALIGNAN (TDTM) dalam kes TDTM ini yang merupakan salah satu KES KECEMASAN di hospital, pasien akan mengalami SAKIT KEPALA DAN PENING KETERLALUAN dan juga menghadapi masalah PENGLIHATAN yang amat TERUK / SERIUS.
PERSOALANNYA ADAKAH DARAH TINGGI/HIPERTENSI INI BOLEH DIPULIHKAN??
1) TIDAK BOLEH DIPULIHKAN dan pasien perlu bergantung dengan UBATAN/ DRUG tertentu sepanjang hayat (pendapat perubatan moden dan kepercayaan doktor doktor perubatan) – MEMANG BENAR selagi punca punca penyebab masalah tidak dibuang dan akar umbi penyakit tidak digali dan dikorek buang…jika hanya secara berterusan rawatan diberikan kepada SIMPTOM.
2) BOLEH DIPULIHKAN dan pasien tidak perlu bergantung dengan ubatan SEPANJANG HAYAT ini adalah kepercayaan dan pendapat pengamal perubatan NATUROPATI rawatan boleh dimulakan dengan BERBEKAM SELURUH BADAN TERMASUK POIN POIN JANTUNG, HATI, BUAH PINGGANG DAN USUS, diikuti kaedah DETOX INTENSIF SEHARI SUNTUK dan seterusnya amalan ubatan homeopati seperti NT HLBP dan pemakanan NATUROPATI seperti ALOE VERA dsb perlu juga kekalkan PEMAKANAN dan GAYA HIDUP SIHAT dengan juga mengelakkan punca punca penyebab masalah DARAH TINGGI (selain yg bersifat faktor keturunan dan penuaan) Inilah rawatan yang lebih bersifat LOGIKAL dan PRAKTIKAL kerana berlakunya proses clean up @ detox yang meringankan lagi beban sistem tubuh badan supaya proses PEMULIHAN DAN PENYEMBUHAN KENDIRI (SELF HEALING) boleh berlaku dengan rangsangan daripada ubatan yang lebih bersifat alami tidak seperti perubatan berasaskan DADAH yang memasukkan lagi RACUN yang akan membebankan lagi sistem badan kita dan tiada proses DETOX. Dimanakah RACUN itu akan disimpan sekiranya badan GAGAL membuangnya?? Oleh itu biasanya pasien yang amalkan DRUG lama kelamaan akan mengalami KEROSAKAN HATI dan BUAH PINGGANG.
Pilihan ada di tangan kita semua, buatlah PILIHAN YANG BIJAK dalam kes tertentu PERUBATAN MODEN adalah TERBAIK dalam kes tertentu yang lain pula PERUBATAN NATUROPATI adalah SANGAT BAIK. Kedua dua jenis PERUBATAN ini perlu kita SINERGIKAN mengikut kes demi kes pesakit dan penyakit.
Oleh:
Prof Madya Dr. Mohd Rosni Sulaiman
Pensyarah Toksikologi Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS.
Merangkap Perunding dan Pengasas D’SakinahHolistic Therapy Center, Alamesra, Kota Kinabalu Sabah (www.dsakinah.com) 0198620380
Sumber Rujukan:
- WebMD
- Rekod rawatan dan lawatan pesakit D’Sakinah HTC
- Grup grup TELEGRAM dan WHATSAPP perbincangan bersama pengamal pengamal perubatan Alopati dan Naturopati
- Pelbagai JURNAL dan MAKALAH SAINTIFIK kebangsaan dan antarabangsa
- Pengalaman dan perjalanan hidup pasien sebenar yang menghidapi masalah DARAH TINGGI