Dalam keadaan ekonomi makin tak menentu, harga barang keperluan makin meningkat, harga rawatan kesihatan makin naik melambung dan pelbagai lagi kos sara hidup yang makin merisaukan ditambahkan lagi dengan nilai matawang kita yang makin menyusut…makanya PENJIMATAN perlu kita buat dalam berbelanja…salah satu yang selama ini menelan kos yang agak tinggi juga ialah RAWATAN KESIHATAN keluarga kita bilamana anak-anak sering demam, batuk, selesema dan alami pelbagai masalah kesihatan lain…kita ibu bapa pun juga ada masalah tersendiri iaitu disamping sakit biasa biasa turut juga ramai yg sakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan gout..jadinya setiap bulan ada saja bil rawatan kesihatan termasuklah ubat ubatan yang kita TERPAKSA bayar walaupun pada harga yang TINGGI dan semakin MENINGKAT ini….apakah kesudahan kepada episod-episod ini jika KESIHATAN kita terus menerus MEROSOT??? Yang pastinya KOS PERUBATAN yang kita perlu tanggung akan terus MENINGKAT…

Jadi apakah caranya untuk mengurangkan kos rawatan KESIHATAN kita untuk jangka PENDEK dan jangka PANJANG?? Di sini saya perturunkan sedikit petua:

A) JANGKA PENDEK
>> berpindahlah dari tempat @ premis rawatan yang cajnya MAHAL kepada yang caj lebih MURAH pada kualiti perkhidmatan dan keberkesanan rawatan yang hampir sama.

>> rajin-rajinlah buat sedikit survei atau pencarian untuk mendapatkan perkhidmatan perawat yang betul betul MAHIR, BERKESAN, JUJUR dan BERDEDIKASI dalam memberikan rawatan supaya kita tidak perlu berulang-ulang kali mendapatkan rawatan di premis yang sama dalam suatu minggu atau bulan yang sama.

>> hindari punca-punca JELAS yang diyakini menyebabkan masalah kesihatan secara SEGERA sifatnya pada diri kita dan keluarga..cth: makanan yang bersifat allergen (penyebab masalah alergik), makanan pedas-pedas dan berminyak (gastritis), makanan kekacang (gout) dll, aircond yang tidak pernah diservis (punca habuk dan allergen kepada penghidap astma dan resdung).

B) JANGKA PANJANG
>> Pilihlah kaedah rawatan yang lebih bersifat HOLISTIK yang merawat kepada punca PENYAKIT bukan hanya SIMPTOM penyakit. Yang merawat ROHANI, JASMANI dan EMOSI (rawatan luaran dan dalaman).

>> Pilihlah rawatan yang lebih bersifat ALAMI (Naturopati) dengan meminimumkan atau kalau boleh elakkan terus daripada penggunaan rawatan yang memerlukan pergantungan kepada DADAH (DRUG) dalam jangka masa terlalu LAMA..

>> Pilihlah rawatan-rawatan atau amalan-amalan yang bersifat mencegah pelbagai penyakit AKIUT (bisul, ulser mulut, diarea dll) dan KRONIK (darah tinggi, gout, kanser dll) seperti BERBEKAM, AMALAN SUNNAH serta KEROHANIAN (solat, zikir, sedekah, baca Al Quran dll), Ubatan HOMEOPATI, Ubatan NATUROPATI, amalan PEMAKANAN SIHAT, SENAMAN yang KONSISTEN dan DETOKSIFIKASI @ DETOX (ramai manusia lupa dan tidak pernah ambil kisah utk buat DETOX)

>> Pilihlah untuk bekerja atau menetap di persekitaran atau tempat-tempat yang bebas atau jauh dari sumber-sumber penyebab penyakit KRONIK yang bukan berasaskan makanan dan pemakanan seperti asap kilang, gelombang /radiasi yang berbahaya, bunyi bising yang keterlaluan, bahan kimia atau sisa kimia berbahaya dll.

In Sha Allah bilamana petua-petua JANGKA PENDEK dan JANGKA PANJANG di atas berjaya kita semua amalkan, bil atau kos rawatan KESIHATAN kita akan perlahan-lahan berkurang dan dapat dijimatkan..Pada peringkat permulaan, mungkin kita akan lihat kosnya seolah-olah juga TINGGI tetapi PERCAYALAH bila kita sudah mula amalkan secara konsisten, pada penghujung tahun 2016 ini nanti bila kita kira semula kos RAWATAN KESIHATAN kita dan KELUARGA, in Sha Allah ianya adalah lebih RENDAH berbanding sebelumnya.