Resdung dihidapi oleh sekitar 70% daripada populasi negara kita (7 orang dalam setiap 10 orang yang ditinjau adalah mempunyai masalah resdung). Oleh itu bolehlah dikatakan setiap kita ini mempunyai resdung cumanya tahap sahaja yang membezakan samada penghidap resdung kronik atau sekadar pembawa sahaja.

Resdung boleh terjadi bermula seawal 3 hingga 5 tahun atau dalam sesetengah kes peringkat bayi lagi sudah ada tanda tanda resdung. Kebanyakan IBU BAPA mengambil mudah dengan menganggap anak mereka cuma selesema biasa. Adakah kanak kanak yang setiap hari bersin-bersin dan tersumbat hidung untuk jangkamasa berbulan bulan lamanya boleh kita anggap remeh sebagai selesema? Selesema mengikut perubatan adalah berpunca virus dan biasanya beberapa hari sahaja berlaku kepada kita dan anak-anak.

Kanak-kanak yang disangkakan “selesema” itu akan terus membesar dalam keadaan “stress” kerana sukar bernafas dan hidung sering gatal gatal tanpa mengira masa. Mereka akan sangat tersiksa bila mana berlaku perubahan cuaca sejuk panas, keadaan berhabuk dan makan makanan yang “gatal” seperti udang, belacan dan budu.

“Stress” kanak-kanak yang disangkakan “selesema” itu akan terus meningkat bilamana kualiti dan kuantiti oksigen yang sampai ke otak berkurang akibat pernafasan terganggu atau tersekat oleh hidung yang sentiasa tersumbat berhingus. Mereka cuma bernafas melalui mulut berbanding dengan rakan sekelas mereka yang tidak “selesema” yang boleh bernafas mengikut hidung dan mulut dengan selesa. Sudah pasti keselesaan dan pencapaian pembelajaran antara dua golongan ini akan sedikit sebanyak berbeza.

Jadi adakah wajar ibu bapa anak anak yang dianggap “selesema” walaupun sebenarnya menghidapi masalah RESDUNG KRONIK menyalahkan anak anak mereka yang mendapat tempat TERCOROT dalam kelas akibat kurangnya keupayaan otak atau minda memberikan tumpuan kepada pelajaran?? (BERSAMBUNG)

KISAH RESDUNG (2015-2016)
Oleh Prof Madya Dr. Mohd Rosni Sulaiman, Pensyarah di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS @ Pengasas dan Perunding Utama Naturopati D’Sakinah Holistic Therapy Center Alamesra Kota Kinabalu (juga Jurucakap kepada dRResd Health and Beauty, Syarikat yang Pakar dalam Rawatan Resdung Kaedah Inovasi Bioherba 8 dalam 1). Sila layari www.drresd.com. www.dsakinah.com. HP 0198620380 untuk temujanji rawatan atau sebarang jemputan untuk perkongsian/ceramah/motivasi KESIHATAN DAN PEMAKANAN dari perspektif Perubatan Komplementari NATUROPATI.