“FROZEN SHOULDER” / KEKAKUAN BAHU

 

(Sumber: www.medindia.net)

Masalah ini berlaku bila kekakuan berlaku di persendian tulang bahu yang melibatkan 3 bahagian utama iaitu lengan atas (humerus), tulang kolar (clavicle) dan tulang kipas (scapula). Ada juga tisu otot yang membungkus kawasan persendian tulang bahu ini yang dikenali sebagai kapsul (capsule).
.
.
Dalam keadaan FROZEN SHOULDER, kapsul akan menjadi keras, sukar meregang iaitu tidak fleksibel lagi. Kekurangan pelincir di persendian bahu dikenali sebagai cecair sinovial, akan menambahkan lagi masalah frozen shoulder ini.
.
.
Pasien akan mengalami kesakitan dan kekakuan dalam menggerakan tangan dan bahu yang terlibat. Pasien akan mengalami kesukaran atau langsung TIDAK boleh mengangkat tangan serta menggerakkan tangan ke depan atau belakang badan. Sehinggakan untuk memakai baju sendiri pun pasien terpaksa meminta bantuan dan pertolongan orang lain. Kesakitan sekitar bahu dan tangan akan MAKIN TERUK pada waktu malam sehingga menyukarkan untuk tidur. Segala simptom kesakitan boleh berlaku dan berakhir dalam masa 1 hingga 3 tahun.
.
.
Terdapat 3 fasa utama akan dilalui oleh mana mana pasien frozen shoulder. Tiga fasa ini adalah FASA SEDANG MEMBEKU (freezing stage), FASA TELAH MEMBEKU (frozen stage) dan FASA NYAHBEKU (thawing stage). Bila melepasi ketiga-tiga fasa ini, yang mengambil masa 1 hingga 3 tahun, pasien akan PULIH dengan sendirinya.
.
.
Penyebab kejadian frozen shoulder masih tidak jelas. Wanita berumur 40 hingga 60 didapati lebih kerap mengalami masalah ini. Pesakit diabetes juga berisiko tinggi menghidap masalah frozen shoulder ini.
.
.
Rawatan di hospital utk masalah ini ialah dengan pemberian NSAIDs (ubatan tahan sakit dan antiradang) seperti aspirin dan ibuprofen. Fisioterapi juga biasa akan disarankan oleh doktor.
.
.
Dalam perubatan Naturopati, masalah ini boleh diatasi biasanya dengan cepat melalui kaedah urutan perlembutan otot dan saraf atau berbekam atau ubatan homeopati atau gabungan mana-mana di atas. Biasa boleh PULIH dengan cepat iaitu sekitar sekali hingga 5 kali terapi sahaja. Ada kes-kes tertentu hanya mengambil masa sekitar 15 minit diurut dan terapi, pasien sudah boleh mengangkat tangan dan menggerakkan tangan secara bebas.
.
.
Contoh kes dalam video (lakonan semula) dilampirkan:
—————————————————————–

Sila klik link ini untuk melihat video:

# TIP PEMAKANAN DAN KESIHATAN HARI INI (Isnin, 5 Feb 2018)————————————————————————-"FROZEN SHOULDER" / KEKAKUAN BAHUMasalah ini berlaku bila kekakuan berlaku di persendian tulang bahu yang melibatkan 3 bahagian utama iaitu lengan atas (humerus), tulang kolar (clavicle) dan tulang kipas (scapula). Ada juga tisu otot yang membungkus kawasan persendian tulang bahu ini yang dikenali sebagai kapsul (capsule). ..Dalam keadaan FROZEN SHOULDER, kapsul akan menjadi keras, sukar meregang iaitu tidak fleksibel lagi. Kekurangan pelincir di persendian bahu dikenali sebagai cecair sinovial, akan menambahkan lagi masalah frozen shoulder ini…Pasien akan mengalami kesakitan dan kekakuan dalam menggerakan tangan dan bahu yang terlibat. Pasien akan mengalami kesukaran atau langsung TIDAK boleh mengangkat tangan serta menggerakkan tangan ke depan atau belakang badan. Sehinggakan untuk memakai baju sendiri pun pasien terpaksa meminta bantuan dan pertolongan orang lain. Kesakitan sekitar bahu dan tangan akan MAKIN TERUK pada waktu malam sehingga menyukarkan untuk tidur. Segala simptom kesakitan boleh berlaku dan berakhir dalam masa 1 hingga 3 tahun…Terdapat 3 fasa utama akan dilalui oleh mana mana pasien frozen shoulder. Tiga fasa ini adalah FASA SEDANG MEMBEKU (freezing stage), FASA TELAH MEMBEKU (frozen stage) dan FASA NYAHBEKU (thawing stage). Bila melepasi ketiga-tiga fasa ini, yang mengambil masa 1 hingga 3 tahun, pasien akan PULIH dengan sendirinya…Penyebab kejadian frozen shoulder masih tidak jelas. Wanita berumur 40 hingga 60 didapati lebih kerap mengalami masalah ini. Pesakit diabetes juga berisiko tinggi menghidap masalah frozen shoulder ini…Rawatan di hospital utk masalah ini ialah dengan pemberian NSAIDs (ubatan tahan sakit dan antiradang) seperti aspirin dan ibuprofen. Fisioterapi juga biasa akan disarankan oleh doktor…Dalam perubatan Naturopati, masalah ini boleh diatasi biasanya dengan cepat melalui kaedah urutan perlembutan otot dan saraf atau berbekam atau ubatan homeopati atau gabungan mana-mana di atas. Biasa boleh PULIH dengan cepat iaitu sekitar sekali hingga 5 kali terapi sahaja. Ada kes-kes tertentu hanya mengambil masa sekitar 15 minit diurut dan terapi, pasien sudah boleh mengangkat tangan dan menggerakkan tangan secara bebas…Contoh kes dalam video (lakonan semula) dilampirkan: —————————————————————–Kakak ini dah beberapa bulan menderita frozen shoulder. Tidak dapat lagi mengangkat tangan, mendukung anak kecilnya dan memakai baju sekalipun amat sukar. Setelah didiagnosis dan juga melalui diagnosis di hospital, memang sah kakak ini menghidapi frozen shoulder…Terapi pembetulan saraf dilakukan sekitar 5 minit dan diikuti urutan pelembutan otot sekitar 10 minit. Kakak tersebut terus dapat angkat tangan dan menggerakkan tangannya seperti biasa. Beliau TERSENYUM gembira sebab sudah pelbagai jenis rawatan dan terapi dicubanya tetapi TIDAK BERJAYA . Alhamdulillah REZEKI kesembuhan beliau ada di D'Sakinah HTC. Dengan izin Allah SWT juga.Kami turut TUMPANG GEMBIRA kerana sewaktu pulang beliau sudah boleh MENDUKUNG anaknya…..Alhamdulillah syukurrr sangatttt……#frozenshoulderkotakinabalu#frozenshoulder#urutanterapifrozenshoulder#rawatanfrozenshoulder#penawarmujarabfrozenshoulderNukilan: Prof. Madya Dr. Mohd Rosni Bin SulaimanPensyarah di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMSMerangkapPerunding Perubatan Naturopati di D'Sakinah Holistic Therapy Center Alamesra Kota Kinabalu SabahHp: 0198620380www.dsakinah.com" Semua penyakit ada PENAWAR kecuali MATI dan TUA. Kami membantu merawat pelbagai penyakit dan masalah yang dideritai sehingga sembuh dengan izinNya seiring dengan rawatan perubatan utama yang diambil di hospital dan klinik. Inilah reputasi kami. Tubuh badan yang sihat dapat membantu dalam mendapatkan KESEMPURNAAN dalam BERIBADAH"Whatsapp/Telegram/Call/SMS kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji SEGERA…0198620380 (Dr. Rosni)Penafian: Segala perkongsian yang diberikan ialah hanyalah bersifat akademik yang bertujuan untuk perkongsian ilmu dan pengalaman semata-mata. Ianya bukanlah bertujuan untuk mengiklankan sesuatu yang bertentangan dengan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari dan juga Garis Panduan Pengiklanan Ubat dan Produk Perubatan Kepada Orang Awam yang telah digubal bagi melengkapkan peruntukan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan Peraturan-Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976. Segala yang berlaku samada kesan baik atau buruk ke atas mana-mana individu yang berpunca daripada maklumat yang diberikan dalam laman sesawang ataupun FB ini adalah atas kesedaran dan tanggungjawab individu itu sepenuhnya.

Posted by Mohd Rosni JohnPerak on Sunday, February 4, 2018

Kakak ini dah beberapa bulan menderita frozen shoulder. Tidak dapat lagi mengangkat tangan, mendukung anak kecilnya dan memakai baju sekalipun amat sukar. Setelah didiagnosis dan juga melalui diagnosis di hospital, memang sah kakak ini menghidapi frozen shoulder.
.
.
Terapi pembetulan saraf dilakukan sekitar 5 minit dan diikuti urutan pelembutan otot sekitar 10 minit. Kakak tersebut terus dapat angkat tangan dan menggerakkan tangannya seperti biasa. Beliau TERSENYUM gembira sebab sudah pelbagai jenis rawatan dan terapi dicubanya tetapi TIDAK BERJAYA . Alhamdulillah REZEKI kesembuhan beliau ada di D’Sakinah HTC. Dengan izin Allah SWT juga.

Kami turut TUMPANG GEMBIRA kerana sewaktu pulang beliau sudah boleh MENDUKUNG anaknya…..Alhamdulillah syukurrr sangatttt….
.
.
#frozenshoulderkotakinabalu
#frozenshoulder
#urutanterapifrozenshoulder
#rawatanfrozenshoulder
#penawarmujarabfrozenshoulder

 

Nukilan:
Prof. Madya Dr. Mohd Rosni Bin Sulaiman
Pensyarah di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS

Merangkap

Perunding Perubatan Naturopati di D’Sakinah Holistic Therapy Center Alamesra Kota Kinabalu Sabah
Hp: 0198620380
www.dsakinah.com

“Semua penyakit ada PENAWAR kecuali MATI dan TUA. Kami membantu merawat pelbagai penyakit dan masalah yang dideritai sehingga sembuh dengan izinNya seiring dengan rawatan perubatan utama yang diambil di hospital dan klinik. Inilah reputasi kami. Tubuh badan yang sihat dapat membantu dalam mendapatkan KESEMPURNAAN dalam BERIBADAH”

Whatsapp/Telegram/Call/SMS kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji SEGERA…0198620380 (Dr. Rosni)

Penafian: Segala perkongsian yang diberikan ialah hanyalah bersifat akademik yang bertujuan untuk perkongsian ilmu dan pengalaman semata-mata. Ianya bukanlah bertujuan untuk mengiklankan sesuatu yang bertentangan dengan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari dan juga Garis Panduan Pengiklanan Ubat dan Produk Perubatan Kepada Orang Awam yang telah digubal bagi melengkapkan peruntukan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan Peraturan-Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976. Segala yang berlaku samada kesan baik atau buruk ke atas mana-mana individu yang berpunca daripada maklumat yang diberikan dalam laman sesawang ataupun FB ini adalah atas kesedaran dan tanggungjawab individu itu sepenuhnya.